Tuesday, December 6, 2011

Kuih Bakar Kentang

Sumber: Masam Manis
Gambar: Masam Manis



  • 2 biji ubi kentang - rebus kemudian di lenyek
  • 1 biji telur
  • 2/3 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • pewarna kuning atau hijau
  • 1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan
  • Bijan - jika suka

 
Sediakan loyang 8 inc atau acuan kecil yang tahan dibakar.
Leserkan loyang dengan sedikit butter.
Panaskan oven pada suhu 170 C.

Kacau telur dan gula.
Masukkan tepung dan santan, kacau rata.
Kemudian tapis.
Tuang dalam ubi kentang tadi dan kacau rata.
Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
Tuang adunan dalam loyang atau acuan yang telah di griskan tadi.
Taburkan bijan jika suka.
Bakar dalam oven selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
Jika sukakan kerangupan pada kuih tambahkan masa membakar.
Boleh juga di bakar terus atas dapur menggunakn loyang kuih bakar.

Kulit Karipap Rapuh

Sumber: Masam Manis
Gambar: Masam Manis



  • 400gram tepung gandum
  • 1/2 cawan minyak
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
  • garam
 
Campurkan sedikit garam dalam air sejuk.
Masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan ia akan jadi berketul-ketul halus, macam serbuk roti.
Panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh.
Setelah menjadi doh dan pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam
Langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti.
Jika canai guna mesin, setkan dahulu ke no 8 (yang paling besar) dan biarkan tebal sikit dan kemudian ubah ke no 4 untuk pastri yang sederhana nipis. Tak tebal dan tak nipis sangat.
Sementara itu boleh buat inti karipap.

Inti Karipap Daging (50 biji M size)

Sumber: MyResipi
  • 500 g kentang - dipotong dadu
  • 300 gm bawang besar - dipotong dadu
  • 400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil

Tumbuk Lumat :
  • ½ biji bawang besar
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • ½ sd besar jintan manis
  • 3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
  • 2 sudu besar minyak
  • ½ batang besar kulit kayu manis
  • 2 sd teh gula / secukup rasa
  • 1 sd teh garam / secukup rasa
  • 350 ml air

Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang.
Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi.
Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.
Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati.
Masukkan garam.
Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
Kacau hingga mula kering.
Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar.
Angkat dan sejukkan.

Kuih Keria

Sumber: Jurnal Resepi Bdaria
Gambar: Jurnal Resepi Bdaria



  • Keledek oren (650gm)
  • 160gm tepung gandum ( untuk keledek oren saya guna 35% tepung x berat keledek)
  • 40gm tepung ubi
  • sedikit garam
  • 4 sudu makan gula
  • 1/2 cwn air @ kurang

Rebus keledek + garam sehingga empuk.
Toskan keledek sehingga kering air.
Lenyek keledek dan masukkan tepung, uli sehingga sebati.
Bahagikan doh kepada bebola kecil dan bentukkan seperti donat.
Goreng sehingga kekuningan.
Untuk sira gula, masak gula + air dalam kuali sehingga pekat.
Apabila pekat, tutup api dan masukkan kuih gelang tadi. Kacau sehingga keluar bunga gula.

Monday, December 5, 2011

Puding Jelly Oren

Sumber Asli: Juwita Fariz
Diambil dari: Secubit Garam
Gambar dari: Secubit Garam

 

Lapisan Jernih
  • 4 g serbuk agar-agar
  • 500 ml air
  • 5 sudu besar gula (mengikut kemanisan masing-masing)
  • Sebiji oren diperah airnya (dalam 50 ml)
  • Sedikit pewarna kuning
Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
Ketepikan.

Lapisan Puding

  • 4g serbuk agar-agar
  • 200 ml air
  • 300 ml susu
  • 5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)
  • Sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
  • Sedikit pewarna kuning
Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
Masak sebentar dan ketepikan.

Cara-cara untuk melapis.
  1. Sediakan bekas yang sesuai.
  2. Masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis.
  3. Boleh la disimpan didalam peti sejuk sehingga benar2 keras.
  4. Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.
** Cara yg K.Nor buat, letakkan gelas yg nak digunakan dlm loyang besar yg berisi air dan ketulan ais. Dgn cara ni, boleh mempercepatkan puding tu mengeras dan tak perlu masukkan dlm peti ais. Masa menuang layer seterusnya, guna belakang sudu kecil dan letakkan di dinding bahagian dalam gelas dan tuang slow2 supaya adunan tak terjerlus ke dalam adunan sebelumnya.

Bila adunan puding yg belum dilayerkan (balance dlm periuk) nampak cam mengeras, panaskan sekejap tp jgn sampai terlalu panas. cukup sekadar nak mencairkan balik adunan supaya mudah dituang. (biasanya bila tinggal 2 layer terakhir adunan akan mula mengeras, boleh la dipanaskan sekejap ya)

Donut Kentang

Sumber Asli: Fatimah Bahalwan, Ncc-Indonesia. Tq!
Diambil dari: Jurnal Resepi Bdaria. Tq!
  • 500 gram tepung protein tinggi/tepung roti
  • 50 gram susu tepung
  • 11 gram ragi segera @ mauripan
  • 200 gram kentang yang telah dikukus, lenyek dan sejukkan
  • 100 gram gula pasir (saya guna gula halus)
  • 75 gram mentega
  • 1/2 tsp garam
  • 4 biji kuning telur (saya guna 2 biji telur)
  • 100 ml air sejuk (oleh kerana saya guna putih telur, air 80ml shj)

Dalam bekas, campurkan tepung, gula, susu tepung, ragi segera dan kemudian gaul rata.
Masukkan kentang yang telah dilenyek dan disejukkan tadi. Gaul rata.
Masukkan telur dan air sejuk, uli sehingga sebati.
Masukkan mentega dan garam, uli lagi sehingga elastik.
Rehatkan selama 15 minit.
Timbang doh seberat 50gram dan kemudian bulat-bulatkan.
Rehatkan lagi selama 20 minit sehingga kembang. 
Lubangkan ditengahnya menjadi bentuk donat.
Goreng dengan minyak yang penuh dengan kepanasan yang sederhana sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan dengan tisu masakan.
Taburkan gula yang telah dimesin halus atau disaluti dengan coklat. Ikut suka anda.

Tips untuk menghasilkan yang cantik dari Fatimah Bahalwan
  1. Sediakan semua bahan terlebih dahulu tanpa ada yang tertinggal satupun walaupun garam.
  2. Ragi tidak boleh dicampurkan dengan garam atau mentega. nanti ragi mati dan adunan tidak mengembang. Garam dan mentega dimasukkan kemudian setelah adunan sudah menjadi doh.
  3. lenyek kentang sehingga benar-benar halus. Jika perlu boleh diblender supaya adunan licin dan tidak berbiji-biji.
  4. Setelah kentang dilenyek ia harus di sejukkan terlebih dahulu. Jika tidak disejukkan boleh menyebabkan ragi tidak mengembang.
  5. Uli adunan sehingga elastik sehingga apabila dibulatkan, permukaannya halus dan licin. Bulatan yang halus dan licin akan membuatkan donat cantik apabila digoreng. 
  6. Rehatkan adunan selama 20 minit (bergantung pada cuaca ditempat anda), tutup dengan plastik/kain bersih supaya permukaannya tidak kering.
  7. Buat lubang ditengahnya kemudian digoreng dengan minyak yang sederhana panas (jangan terlalu panas supaya bahagian dalamnya masak sempurna)
  8. Dengan mengunakan chopstik, buat gerakan membulat pada lubang donat ketika donat mula digoreng supaya bentuk donat bulat cantik.
  9. Bila bahagian bawah donat sudah kekuningan, terus balikkan. Angkat dan toskan.
Tips untuk hasil donat terbaik (dari majalah Sedap Bil 1)
  1. Ketika menggoreng donat jangan dibalik-balikkan supaya donat tidak akan menyerap minyak. Cukuplah sekadar dibalikkan sekali sahaja.
  2. Setelah sejuk, donat seeloknya disimpan ditempat kedap udara atau dimasukkan kedalam beg plastik supaya kulit donat tidak kering.
  3. Tekan adunan sehingga benar-benar hilang udaranya supaya donat tidak menggelembung ketika digoreng (Ini pada step no 3, resepi diatas. Sebelum adunan ditimbang 50 gram)
  4. Penapaian (tempoh rehat) terakhir seeloknya disesuaikan dengan suhu bilik. Apa yang lebih penting adalah donat yang terlebih penapaian (tempoh rehat) akan berkedut dan donat yang kurang masa penapaian (tempoh rehat) tidak akan mengembang dengan sempurna. (ini pada step no 3 resepi atas iaitu rehatkan doh selama 20 minit).
  5. Pastikan bahawa donat yang pertama digoreng adalah donat yang pertama kali dibentuk.
  6. Menggoreng donat lebih baik menggunakan minyak goreng yang penuh. Tujuannya adalah supaya donat tidak menyerap banyak minyak.

Saturday, December 3, 2011

Moist Choc Steam Cake

Sumber Asli: Pn. Munira Baharum.
Diambil dari: Masam Manis.

Bahan A:
  • 1 cwn gula pasir.
  • 1 cwn serbuk koko.
  • 1 cwn susu cair.
  • 1 cwn susu pekat.
  • 1 cwn miyak masak daisy/sunflower.
* Semua bahan di atas gaul sebati & masak atas api perlahan.
* Rehat kejap bila dah sebati.

 
Bahan B:
  • 3/4 cawan tepung gandum.
  • Soda bicarbonat secubit.
  • Baking powder secubit.

Bahan C: 

  • Telur 4 bj (blender jer)

 
Satukan bahan B & C ke dalam bahan A secara berselang seli & gaul ngan senduk jer.
Bila dh sebati, letak dalam loyang yg telah disapu minyak.
Loyang tu kena panaskan dulu sebelum dimasukkan adunan kek.
Kukus antara 30-45 minit (b'gantung saiz loyang).
Kalau terlebih kukus nnt kek retak.

Saturday, October 29, 2011

Fruit Cocktail Pudding

Sumber: Jurnal Resepi Bdaria
Gambar: Jurnal Resepi Bdaria
Modal: +-RM11


  • 10gm serbuk agar-agar
  • 1 tin susu sejat penuh krim Ideal
  • 1/2 cawan gula
  • 4 cawan air (boleh kurangkan kpd 3 1/2 cawan)
  • 1 tin fruit cocktail/buah-buahan campur (pilih yang ada pelbagai buah tanpa nata de coco)
Masak sehingga mendidih serbuk agar-agar, gula & air.
Masukkan susu sejat dan kacau rata. Tutup api
Tapis buah-buahan cocktail, buang airnya. Potong kecil jika perlu.
Masukkan buah-buahan cocktail ke dalam agar-agar dan dan kacau rata.
Tuangkan kedalam acuan yang anda gemari dan sejukkan sebentar.
Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan ia keras.
Keluarkan dan hidangkan.

Roti Jala

Sumber: Kak Jee
Gambar: Kak Jee
Remarks: Resepi Kak Jee buat berniaga!

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan (boleh guna susu cair)
  • 1 cawan air
  • 1 biji telor
  • secubit garam
  • beberapa titis pewarna egg yellow
Masuk semua bahan dalam blender (kecuali kulit telor) dan trrrrr sambil sebati.
Tuang dalam botol acuan.
Panaskan non stick pan dan oleskan mentega ke seluruh kuali.
Biar kuali panas dan mulalah menjala.
Mula2 buat mesti tak cantik tapi lama kelamaan okaylah.
Bila sekeping sudah masak, alihkannya ke pinggan, terbalikkan supaya permukaan atas yang licin mengadap ke bawah. Kemudian gulung.
Ulang sampai habis.
Kena simpan dalam bekas kedap udara supaya tidak menjadi kering dan keras.


Kari Ayam

Sumber: Kak Jee
Gambar: Kak Jee
Tips Kak Jee: Kalau masak kari, rempah kena lama sikit masak sebelum dimasukkan bende2 lain. Kalau rempah tak cukup garing dan masak, nanti rasanya 'lari'.



 
  • 5 ketul ribs (tulung rusuk dibuang kulitnya)
  • 1 biji kentang potong 4
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 asam keping
  • ½ cawan santan pekat/susu cair
  • ¾ cawan rempah kari
  • daun kari (kalau ada)
Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dimayang.
Hiris halia dan masukkan sekali.
Kemudian goreng sampai bahan2 tadi kekuning-kuningan.
Pastu masukkan rempah kari dan goreng pantas2 kira-kira 2 minit.
Masukkan ½ cawan air dan masak guna api perlahan sehingga rempah nampak sedikit garing.
Kemudian masukkan ayam dan kentang.
Balik2kan ayam dan bubuh ½ cawan air dan biarkan mendidih perlahan.
Kemudian masukkan santan atau susu cair dan biarkan ia mendidih lagi. Guna api perlahan.
Bubuh garam dan 1 asam keping.
Kalau terlalu pekat, tambah sedikit lagi air panas. Didihkan lagi.
Rasa dan padam api.

Friday, October 28, 2011

Kek Puding Karamel

Sumber: Masam Manis + Yanie Myresipi
Gambar: Masam Manis



KARAMEL
  • 2tbs gula pasir
Sediakan loyang 9 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan.
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan.

PUDDING
  • 4bj telur
  • 500ml susu segar
  • 70g gula
  • sedikit esen vanila
Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit.
Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau perlahan supaya tak berbuih.
Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
 
ADUNAN KEK BAHAN 1
  • 70g gula kastor
  • 3 biji telur kuning
  • 135ml air
  • 45ml minyak masak
Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

ADUNAN KEK BAHAN 2
  • 140 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder

Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

MERINQUE
  • 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
  • 70g gula castor
  • 1 sudu teh krim of tar2
Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh.
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Thursday, October 27, 2011

Mee Goreng Tonggek

Resepi Kak Engku.
  • 100g mee kuning.
  • 3tbs cili.
  • 3ulas bwg putih.
  • 2tbs kicap.
  • Ayam/daging/seafood/fishcake.
  • Sayur.

Tumis bwg putih sampai naik bau.
Masuk cili & goreng sampai naik minyak.
Masuk kicap, kacau kejap.
Masuk ayam dll sampai masak.
Masuk mee.
Sayur.

Kueteow Kungfu

Sodap!
  • Kueteow.
  • 2tbs minyak.
  • 3ulas bwg putih.
  • 1tbs lada sulah.
  • 2tbs sos tiram.
  • 1cup air rebusan ayam.
  • Ayam, udang, fishcake.
  • Babycorn, brocoli, carrot.
  • 2tbs tepung jagung + 1cup air.
  • Garam.

Tumis bwg putih sampai naik bau.
Masukkan air rebusan.
Masuk ayam.
Masuk sos tiram, lada sulah.
Masuk sayur.
Bancuhan tepung jagung.
Garam.

Mee Hailam Black Pepper

Memang sedap dowh!
  • 600g mee
  • 2bj telur
  • 1tbs lada hitam
  • 1tbs sos tiram
  • 2tbs kicap pekat
  • 3tbs sos tomato
  • 3tbs minyak
  • 1cup minyak
  • 4 bawang putih
  • Daging / ayam / seafood secukupnya
  • Sayur sawi / carrot
  • Daun sup + daun bawang

Tumis bwg putih sampai wangi.
Masukkan daging + air sampai empuk.
Masukkan kicap, sos tiram, sos tomato & lada hitam.
Masukkan mee.
Masuk sayur.
Masuk telur.
Masuk daun sup + bwg.

Wednesday, October 26, 2011

Bread Pudding

PUDDING
  • 10pcs Roti Butterscotch
  • 2cup Susu Full Cream
  • 2cup Whipping Cream
  • 1cup Gula
  • 6bj Telur
  • 1tbs Esen Vanilla
  • 4tbs Butter
  • 1tbs Serbuk Kayu Manis (Cinnamon)
  • Kismis seindah pandangan
Sapu butter pada bhgn bawah bekas.
Susun roti di atas.
Pukul susu full cream, whipping cream, gula, essen vanilla & telur.
Tuang bancuhan ke dalam bekas berisi roti tadi.
Biarkan roti kembang selama 1 jam.
Selepas kembang, taburkan kismis & serbuk kayu manis dan kalau suka sedikit taburan brown sugar.
Panaskan oven selama 10minit pada suhu 160'c.
Bakar selama 30minit.

SOS VANILLA
  • 1 liter Susu Full Cream
  • Gula
  • Tepung jagung
  • 1ts Esen Vanilla
Panaskan 1 liter susu full cream.
Masukkan gula mengikut manis.
Apabila mendidih, masukkan bancuhan tepung jangung mengikut likat.
Masukkan 1ts esen vanila.
Kacau sehingga likat.
Angkat & tapis jika perlu.
Sejukkan.

Vanilla Cupcakes

Aku sangat-sangat-sangat suka baking, buat pastries bagai..
Tapi malangnya duduk berdua jek, jadi jarang2 la aku buat.
Kang kalau aku ngan hubby jek makan kang, lain plak jadinya ;p

 

 
CUPCAKES
  •  6 biji telur (asingkan putih telur dan kuning telur).
  • 300gm butter.
  • 300gm gula castor.
  • 1 teaspoon vanilla essence.
  • 220gm tepung + 1/2 teaspoon baking powder (ayak 2x).
  • Paper cup.

Pukul putih telur hingga kembang betul. Asingkan.
Pukul butter & gula castor hingga kembang.
Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit.
Masukkan 1 teaspoon vanilla essence (semasa adunan masih lagi dipukul).
Masukkan tepung.
Gaul adunan tadi menggunakan senduk biasa hingga sebati.
Masukkan telur putih sedikit demi sedikit.
Isikan adunan ke dalam paper cup.
Panaskan oven (160 degrees) selama 10 minit.
Kemudian bakar selama 15 minit.
Yeay! Siap!!

 

 
ICING
  • 450gm gula icing.
  • 200gm shortening atau lemak sayuran.
  • Pewarna jika perlu.

Pukul kedua-keduanya hingga sebati.
Campur sedikit air.
Masukkan pewarna. Masukkan setitik2 k..
Hiaslah apa lagi?? =))

 

 
Sexy tak??

 

 

Ayam Bakar Mayonaise



Amik dari resepi dalam Kelab Diet Online.
Rasanya? Ok la.. Kira sedap la untuk orang yang tgh diet..
Boleh buat lagi..
  • 1 ekor ayam yang bersaiz serdahana
  • 1 sarung rempah kari ayam
  • 5 sudu mayonis
  • Sedikit garam dan kunyit
Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit.
Kemudian lumurkan rempah tersebut ke ayam tadi dan ratakan mayonis ke atas ayam tersebut.
Biarkan selama 1 jam sebelum dimasukkan ke dalam mikrowave atau oven.

Friday, December 17, 2010

Ketika Cinta Bertasbih

What a beautiful advice I just found in one of my favourite blog =))


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mensia-siakan doa mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat pegangan tanganmu.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%.


9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Jangan bahagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri/suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar dengan meningkatnya ketaatan suami dan isteri.

11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi anda semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14. KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berfikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak, kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak.

15. KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16. KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONI
Gunakanlah formula 7K:
1) Ketaqwaan
2) Kasih sayang
3) Kesetiaan
4) Komunikasi dialog
5) Keterbukaan
6) Kejujuran
7) Kesabaran

Sumber sebijik sejibon kopipes tanpa ragu dari Husna Hadzarami =)).
Ekceli baru jumpa blog nie dah agak jatuh cinta membacanya
*cubaan untuk melessykan diri*

Sunday, October 31, 2010

20 Perkara JANGAN

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Dibawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH.

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau² terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapan .

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi² itu membuka pintu berkat)

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut² kita mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila² masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.

14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita

16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri² munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.

Sabda Rasulullah SAW, " Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat".

Wednesday, March 3, 2010

Hikmah Makanan Menurut Pandangan Islam

I've found this one, so i letak sini cepat2..
Takut nanti terlupa..

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda 'Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu'.

Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing.
Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda 'Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati'. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa 'ia' itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, 'Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu'. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, 'Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan'. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau 3/4 masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

'Endive' (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan 'makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba'.

Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda 'jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas'. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).

Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, 'Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga'. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda 'Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.'

Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud 'Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil'. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., 'Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.'
Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana.
Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.